Monday, May 28, 2012

Allah al-Wahab

Lamanya tak tinggalkan pesan buat putera putera mak yang tercinta.

Petikan sebuah hadis kudsi buat renungan :-

"Wahai manusia, hari demi hari usiamu kian berkurangan, namun engkau tidak pernah menyedarinya.Setiap hari AKU memberikan rezeki kepadamu, tapi engkau tidak pernah memujiKU.Dengan pemberianKU yang banyak, engkau manusia tidak pernah merasapuas."

"Wahai manusia , Setiap hari AKU memberikan rezeki kepadamu, namun setiap malam malaikat datang kepadaku dan membawa catatan perbuatan burukmu. Kalian memakan rezekiyang AKU berikan dengan lahap, tetapi kalian  tidak segan menderhaka kepadaKU . AKU kabulkan permintaan kalian apa kalian memohon daripadaKU. KebaikkanKU tidak putus putus mengalir buatmu. Sebaliknya catatan keburukanmu tidak putus putus sampai kepadaKU".


Subhanallah, renunglah putera puteraku, jadilah manusia yang selalu bersyukur dan bersabarlah atas setiap ujianNYA. Insyaallah balasan syurga menanti disana.




Wednesday, November 16, 2011

Suara Hati Seorang Emak

Permata hati, anak-anak tersayang.....dah lama emak menyepi, sibuk dan ketandusan kata kata. Hari ini masih tandus, tapi gigihkan juga demi untuk memberi pesan azimat buat anak-anak tersayang.

Iqra"............bacalah dan cubalah fahami ertinya duhai anak-anak emak.Walaupun bukan emak yang tulis, tapi kata kata ini mewakili hati emak dan kemungkinan ramai lagi emak emak lain diluar sana

Ada ketika
tingkah laku anak2, menyentuh hati
menghiris pedih
mungkin anak2 tidak dpt membayangkan
betapa halus hati seorang ibu
atau anakku itu lupa
bahawa aku ini adalah ibunya
bukan sekadar teman gurau senda seadanya

Mungkinkah
ibu sendiri yg sedang meniti usia
hingga emosi menjadi mudah terasa
sedang anak itu
tidak berhajat mencuit segala

Anakku
kau terlalu berharga buat ibu
tutur katamu
ku hitung satu persatu
persis hambar senyummu mendukakan ku
jelingan mata mu menjemput mendung di jiwaku

Aduh
beratnya tugas ku sbg ibu
menapis emosi melanda kalbu
agar anakku sejahtera selalu
dipayungi rahmat sedingin bayu

kupujuk hati, ku bisik sendiri
abaikan sahaja lontaran emosi
anak2 itu masih mentah tiada berisi
ilmu secubit memanglah pasti
masih bertatih mengisi kendi

duhai Tuhan ampuni daku
lintasan mungkar hinggap di hati
masih menimbun kelemahan diriku
bimbinglah aku manjadi ibu sejati
mendidik anak2 seikhlas hati
moga mereka menjadi bekal buatku nanti
kembali ke alam kekal abadi

duhai Tuhan ampuni mereka
jangan kau hukum atas kealpaan
kecuaian ibu menitip didikan
tiada bandingan kasihsayang
yang mampu ku hampar lebarkan
buat penyejuk hati yang dikau pinjamkan
melengkap hidupku dalam perjalanan
titian sementara menuju akhiran

ampunkan kami ya Rabb


Kredit buat : Umi Adilah

Monday, October 17, 2011

Sebatang pensel mampu menjadi luarbiasa

Sebenarnya artikel ni emak baca di majalah Solusi , jadi emak nak kongsi dengan anak anak emak dan sama sama kita renungkan.





Tiap tiap hari bila nak buat kerja sekolah , mesti ada yang menjerit jerit cari pensel, kekadang emak pun tak faham kenapa selalu kehilangan pensel. Apapun bukan emak nak membebel pasal pensel tapi nak kongsi apa yang boleh anak anak emak belajar dari sebatang pensel

Ada 5 nilai murni dalam sebatang pensel yang perlu anak anak emak tahu.

Pertama :-
Dengan sebatang pensel , kita boleh buat sesuatu yang hebat. Ye kita boleh menulis, dan mungkin boleh menjadi penulisyang hebat, kita boleh siapkan kerja sekolah dan jangan lupa kita juga mampu sakitkan hati orang hanya dengan sebatang pensel. Jangan buat tauu...

Tapi sebagaimana hebatpun pensel itu, ia tetap memerlukan tangan untuk memegangnya. Begitu juga betapa hebatnya nanti anak anak emak, kamu harus ingat, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kamu iaitu Allah swt. DIA akan selalu membimbing kamu semua menurut kehendakNYA , maka teguhkanlah iman mu wahai anak-anakku.

Kedua:
Ketika menulis, pensel kerap akan tumpul. Ia perlu diasah........begitu juga dengan kamu anak-anakku. Sepanjang membesarkan kamu, emak selalu harus mengasah kamu. Dan proses mengasah kekadang menyakitkan, memderitakan namun hasilnya pensel jadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga kamu anak-anakku, tiada ibu bapa yang membenci anak-anak sendiri, tapi kekdg proses mengasah agak menyakitkan tapi percayalah, niat kami ingin jadikan kamu semua anak-anak yang hebat.
Kamu semua harus berani menempuh kesusahan kerana ia bakal menjadi pemangkin kejayaan kamu.

Ketiga :
Pensel mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah, tapi ianya boleh dipadam dan dibetulkan semula. Begitu juga emak harap dengan anak anak emak, jika telah melakukan kesilapan dan kesalahan , sentiasalah membaiki kesalahan itu. Jangan malu dan jangan segan, jangan juga rasa terhina. Dengan menyedari dan membaiki kesalahan, insyaallah anak-anak emak akan selalu berada dijalan yang benar.

Keempat:
Kekadang kita mendapat sebatang pensel yang cantik. Hiasan luarannya cantik, ada gambar artis, ada gambar kartun dan macam-macam lagi. Tapi untuk apa hiasan yang begitu megah dan cantik,kalau karbon pensel didalamnya berkualiti rendah.Terlalu rapuh, cepat patah ataupun tulisan menjadi kabur. Begitu juga dengan diri kamu anak-anakku, berhati hatilah dengan dalaman diri kamu. Hindarilah sifat sifat mazmumah dalam diri. Biar kamu menjadi seperti sebatang pensel yang cantik diluar dan kukuh didalam. Insyaallah, betapa senangnya hati emak dan ayah nanti.

Kelima:
Terakhirnya..sebatang pensel mampu meninggalkan coretan atau goresan. Begitu juga dengan kamu, apasaja yang kamu buat akan meninggalkan kesan pada diri kamu dan orang sekeliling kamu. Emak berharap dan berdoa , agar kamu akan selalu berhati hati dan bijak dalam bertindak.
Ingat , sebatang pensel akan menjadi lebih tajam dari mata pedang untuk menghiris jiwa. Dan ia juga mampu menjadi lebih lunak dari kapas untuk mendamaikan jiwa.

Anak-anakku, jadilah seorang yang lunak hatinya, baik tingkahlakunya dan tinggi pekerti dan imannya.

Dan emak tidak pernah putus mendoakan kamu semua

Wajah wajah yang emak sayang





Anak-anakku, kamu semua adalah amanah dari Allah buat emak dan ayah, Kamu semua di"pinjam" kan kepada emak dan ayah untuk kami didik menjadi khalifah yang memakmurkan mukabumi, untuk memastikan keselamatan dunia dan akhirat.
Bantulah emak dan ayah untuk mendidik kamu semua kearah itu kerana emak dan ayah bakal ditanya Allah kelak adakah kami telah menunaikan amanah yang diberikan dengan baik atau tidak.Jadilah anak-anak yang berakhlak mulia.

"Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia"