
Tiap tiap hari bila nak buat kerja sekolah , mesti ada yang menjerit jerit cari pensel, kekadang emak pun tak faham kenapa selalu kehilangan pensel. Apapun bukan emak nak membebel pasal pensel tapi nak kongsi apa yang boleh anak anak emak belajar dari sebatang pensel
Ada 5 nilai murni dalam sebatang pensel yang perlu anak anak emak tahu.
Pertama :-
Dengan sebatang pensel , kita boleh buat sesuatu yang hebat. Ye kita boleh menulis, dan mungkin boleh menjadi penulisyang hebat, kita boleh siapkan kerja sekolah dan jangan lupa kita juga mampu sakitkan hati orang hanya dengan sebatang pensel. Jangan buat tauu...
Tapi sebagaimana hebatpun pensel itu, ia tetap memerlukan tangan untuk memegangnya. Begitu juga betapa hebatnya nanti anak anak emak, kamu harus ingat, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kamu iaitu Allah swt. DIA akan selalu membimbing kamu semua menurut kehendakNYA , maka teguhkanlah iman mu wahai anak-anakku.
Kedua:
Ketika menulis, pensel kerap akan tumpul. Ia perlu diasah........begitu juga dengan kamu anak-anakku. Sepanjang membesarkan kamu, emak selalu harus mengasah kamu. Dan proses mengasah kekadang menyakitkan, memderitakan namun hasilnya pensel jadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga kamu anak-anakku, tiada ibu bapa yang membenci anak-anak sendiri, tapi kekdg proses mengasah agak menyakitkan tapi percayalah, niat kami ingin jadikan kamu semua anak-anak yang hebat.
Kamu semua harus berani menempuh kesusahan kerana ia bakal menjadi pemangkin kejayaan kamu.
Ketiga :
Pensel mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah, tapi ianya boleh dipadam dan dibetulkan semula. Begitu juga emak harap dengan anak anak emak, jika telah melakukan kesilapan dan kesalahan , sentiasalah membaiki kesalahan itu. Jangan malu dan jangan segan, jangan juga rasa terhina. Dengan menyedari dan membaiki kesalahan, insyaallah anak-anak emak akan selalu berada dijalan yang benar.
Keempat:
Kekadang kita mendapat sebatang pensel yang cantik. Hiasan luarannya cantik, ada gambar artis, ada gambar kartun dan macam-macam lagi. Tapi untuk apa hiasan yang begitu megah dan cantik,kalau karbon pensel didalamnya berkualiti rendah.Terlalu rapuh, cepat patah ataupun tulisan menjadi kabur. Begitu juga dengan diri kamu anak-anakku, berhati hatilah dengan dalaman diri kamu. Hindarilah sifat sifat mazmumah dalam diri. Biar kamu menjadi seperti sebatang pensel yang cantik diluar dan kukuh didalam. Insyaallah, betapa senangnya hati emak dan ayah nanti.
Kelima:
Terakhirnya..sebatang pensel mampu meninggalkan coretan atau goresan. Begitu juga dengan kamu, apasaja yang kamu buat akan meninggalkan kesan pada diri kamu dan orang sekeliling kamu. Emak berharap dan berdoa , agar kamu akan selalu berhati hati dan bijak dalam bertindak.
Ingat , sebatang pensel akan menjadi lebih tajam dari mata pedang untuk menghiris jiwa. Dan ia juga mampu menjadi lebih lunak dari kapas untuk mendamaikan jiwa.
Anak-anakku, jadilah seorang yang lunak hatinya, baik tingkahlakunya dan tinggi pekerti dan imannya.
Dan emak tidak pernah putus mendoakan kamu semua
