Permata hati, anak-anak tersayang.....dah lama emak menyepi, sibuk dan ketandusan kata kata. Hari ini masih tandus, tapi gigihkan juga demi untuk memberi pesan azimat buat anak-anak tersayang.
Iqra"............bacalah dan cubalah fahami ertinya duhai anak-anak emak.Walaupun bukan emak yang tulis, tapi kata kata ini mewakili hati emak dan kemungkinan ramai lagi emak emak lain diluar sana
Ada ketika
tingkah laku anak2, menyentuh hati
menghiris pedih
mungkin anak2 tidak dpt membayangkan
betapa halus hati seorang ibu
atau anakku itu lupa
bahawa aku ini adalah ibunya
bukan sekadar teman gurau senda seadanya
Mungkinkah
ibu sendiri yg sedang meniti usia
hingga emosi menjadi mudah terasa
sedang anak itu
tidak berhajat mencuit segala
Anakku
kau terlalu berharga buat ibu
tutur katamu
ku hitung satu persatu
persis hambar senyummu mendukakan ku
jelingan mata mu menjemput mendung di jiwaku
Aduh
beratnya tugas ku sbg ibu
menapis emosi melanda kalbu
agar anakku sejahtera selalu
dipayungi rahmat sedingin bayu
kupujuk hati, ku bisik sendiri
abaikan sahaja lontaran emosi
anak2 itu masih mentah tiada berisi
ilmu secubit memanglah pasti
masih bertatih mengisi kendi
duhai Tuhan ampuni daku
lintasan mungkar hinggap di hati
masih menimbun kelemahan diriku
bimbinglah aku manjadi ibu sejati
mendidik anak2 seikhlas hati
moga mereka menjadi bekal buatku nanti
kembali ke alam kekal abadi
duhai Tuhan ampuni mereka
jangan kau hukum atas kealpaan
kecuaian ibu menitip didikan
tiada bandingan kasihsayang
yang mampu ku hampar lebarkan
buat penyejuk hati yang dikau pinjamkan
melengkap hidupku dalam perjalanan
titian sementara menuju akhiran
ampunkan kami ya Rabb
Kredit buat : Umi Adilah